NOTA

Apa yang terdapat dalam bayan ini adalah apa yang dapat saya catitkan...semasa saya mendengar Bayan dari Maulana. Seandainya ada kesilapan dalam bayan ini, maka itu adalah kesilapan saya dalam mendengar dan menyalin. Semuga Allah ampun kan saya.

Sekian...Wassalam semuga ada menafaatnya....muga dapat amal dan sampaikan.


Bayan Mualana Umar (15.8.1991)

Kehebatan Allah adalah sempurna dalam semua aspek. Allah yang beri kekuatan pada mahluk tapi kekuatan ini terhad dan tertakluk pada kehendak Allah.

Yakin pada Asbab kena buang walaupun dunia ini darul asbab. Nak tahu samada yakin pada asbab masih ada dalam hati kita : Tengok! adakah perintah Allah dapat dibuat samada.. ada asbab atau tiada asbab. Allah jadikan apa-apa yang ada didunia ini ikut sunatullah..tapi jangan letakkan asbab sebagai peraturan atau undang-undang. Allah boleh lakukan apa saja tanpa asbab. Allah tidak perlu pada mahluk.

Kalimah dan sholat kena usaha sungguh-sungguh sampai ada hakikat. Orang yang punya kalimah dan sholat yang sempurna saja akan dapat pertolongan Allah. Allah akan tolong orang kalimah dan sholat dalam keadaan bila mereka terdesak. Sholat kena baiki..untuk sholat yang sempurna kena ada 2 perkara:

  • . Sholat cara Nabi saw..untuk ini kita perlu tahu cara Nabi sholat...ilmu kena belajar untuk tahu ini
  • . Hati kena ingat Allah dalam sholat (zikir). Untuk ini zikir,tilawat Quran dan doa masnun kena amal supaya hati sentiasa ingat pada Allah.

Orang islam yang masuk neraka adalah untuk di bersihkan: misalnya- orang sakit dalam dunia pun disembuhkan dengan cara mujahadah, makan itu tak boleh,ada yang kena suntik, kena pukul,diikat dan sebagainya supaya ia sembuh dan kembali sihat. Tapi maut tak dapat disembuhkan. Begitu juga syirik pada Allah..tak akan dibersihkan dan kena tinggal dalam neraka untuk selama-lamanya.

Satu misal lagi .. Orang islam adalah umpama emas. Orang islam yang masuk neraka macam emas yang kotor dan kena dibersihkan,kena dibakar. Bahan bakar dalam neraka adalah orang kafir. Rohani boleh dibersihkan dalam dunia lagi sebelum maut datang, caranya ialah :

  • 1. Banyakkan amal kebajikkan..amal yang paling besar adalah dakwah
  • 2. Minta ampun/taubat pada Allah
  • 3. Musibah yang Allah turunkan kena diredhai..siapa yang redha, Allah akan hapuskan dosanya..tapi jangan minta musibah dari Allah.

Jangan taskil orang keluar jalan Allah untuk keuntungan dunia,..taskil ikut kehendak Allah dan Rasul

Jangan anggap kalimah dan sholat yang tidak ada hakikat itu tidak bernilai. Kita kena syukur sebab Allah beri taufik untuk sebut kalimah dan dirikan sholat. Hakikat kena usaha dan banyak doa pada Allah.

DOA - manusia akan doa ikut pengetahuan nya. Ada manusia doa untuk dirinya saja, doa untuk dunianya, doa untuk ampunkan dirinya dan keluarga. Allah suruh kita minta hidayah. Kita kena usaha supaya manusia doa hidayah dari Allah.

Bayan Maulana Umar (Malam Markas Nizamuddin - 15.8.91)

Banyak manafaat dari bumi. Dalam dunia ada 2 keadaan ; kebaikan dan keburukan Kedua-dua ini ujud dalam manusia. Nak kebaikan dari bumi kena usaha. Begitu juga dengan manusia, kena usaha untuk dapat kebaikan. Usaha ambia adalah untuk dapatkan kebaikan dari manusia. Kalau kita tinggal usaha ambia manusia akan jadi sumber keburukan Untuk hubungkan diri dengan Allah, Allah sediakan kemudahan dan cara..manusia disuruh berfikir. Jika manusia lihat kebaikan yang ada sekarang (dalam dunia)..hubungan dengan Allah akan rosak.

Haiwan ujud untuk habiskan masa dan kehidupan tapi manusia datang untuk mewujudkan kehidupan Doa pada Allah untuk hubungan dengan Allah.. Allah akan beri hidayah. Allah tak bergantung pada asbab atau apa-apa benda. Untuk yakin pada kuasa Allah adalah iman. Sebanyak mana dunia keluar dari hati sebanyak itulah yakin.

Allah janji dalam iman:

  • - Kekuasaan dalam dunia
  • - kemuliaan dalam dunia
  • - pertolongan Allah adalah melalui iman
  • - Allah akan keluarkan dari kesusahan
  • - Ketenteraman dalam dunia
  • - Surga juga dijanjikan dengan iman

Hanya dengan iman kita yakin pada akhirat. Bila manusia hanya fikir dunia...mereka akan usaha supaya dunia mereka tidak hancur Allah akan bantu orang beriman dan Allah am kan bantuan supaya orang kufur tak soal di akhirat. Allah hantar ambia dan zahirkan usaha dakwah pada umat. Umat kena usaha suasana dakwah untuk tarik manusia pada deen (agama).

Amat kecil bilangan orang yang buat dakwah dalam kesenangan. Jangan fikir dengan harta dan kekuasaan usaha dakwah akan maju. Orang buat dakwah selalunya akan susah. Selalunya orang tak buat dakwah dan kufur... Allah beri harta di dunia. Suatu masa Allah akan bantu orang beriman..dimasa ini orang kufur akan beriman..setengahnya tidak akan beriman dan masih sombong dengan dunia mereka sehingga Allah akan musnahkan mereka.

Bagaimana Allah tarbiyah manusia:

  • - Uji mereka dengan mujahadah dan ajar bagaimana dapat melepasi kesusahan
  • - Uji dengan nikmat

Jika ini berlaku pada kita maka lihatlah kehidupan sahabat. Allah akan kejutkan orang kufur yang sombong yang tak ingat Allah.

Harta umpama alkohol..memabukkan. Allah beri peluang pada orang kafir. Suasana dakwah kena ujud untuk memudahkan manusia ingat pada Allah. Allah tidak akan biarkan orang beriman dihina Allah tolong Firaun dan azab Firaun didunia untuk sedarkan mereka tapi mereka tak sedar. Orang dakwah (beriman) akan naik berkuasa..hanya Allah yang tentukan..misal air banjir dan sampah. Allah perlihatkan nusrah Allah pada orang kafir supaya mereka sedar..ini terjadi pada sahabat dan akan terus berlaku sehingga kiamat. Sahabat susah di permulaan islam di Mekah: "Kalau kita perang dengan orang Madinah kita akan menang tapi ini kita berperang dengan orang dari langit" - inilah kata-kata orang kafir dalam Perang Badar.

Kisah nusrah Allah di perang Badar tersibar diseluruh tanah Hijaz Mukaddis dan juga kepada Kaisar dan Kisra di Rom dan Parsi...ada yang masuk islam bila dengar berita ini. Tapi kaisar dan kisra beranggapan nusrah Allah hanya berlaku bila Nabi saw ada bersama sahabat. Mereka tunggu Nabi saw wafat untuk serang Madinah.

Jadi, buat dakwah keseluruh alam..cakap tentang kehebatan Allah lagi dan lagi..insyaAllah Allah akan lakukan pada orang beriman seperti Allah buat pada Sahabat dan Ambia as. Kena IKHLAS dalam usaha dakwah...kalau tidak Allah akan ketepikan kita. Kena korban dan mujahadah..dengan pengorbanan orang yang tak ikhlas akan disingkirkan.

Bayan Subuh (Maulana Umar - 16.8.91)

Allah telah ciptakan seluruhnya yang ada dalam alam ini dan yang terbaik ialah manusia..tapi ianya tidak sentiasa baik..ini bergantung pada usaha yang dilakukan. Allah beri kemampuan pada manusia untuk jadi mahluk terbaik. Cara yang betul kena buat. Manusia akan jatuh nilainya jika ia usaha atas dunia saja. Jika usaha atas diri betul. - malaikat pun akan tunduk padanya dan mereka akan mengusap sayap mereka pada nya untuk dapat berkat. Usaha itu ialah usaha Ambia as.

Dulu, orang yang ikut ambia as juga telah dimuliakan oleh Allah. Ikut jalan ambia as, dengan jalan ini nusrah Allah akan berserta..jika tidak Allah akan musnahkan..didunia dan akhirat. Kisah-kisah yang Allah ceritakan dalan Quran adalah untuk petunjuk hingga kiamat. Allah akan buat sekarang apa yang telah Allah buat dulu..jika manusia dapat senangkan Allah.

Allah kenalkan diri Nya didunia ini...dengan berfikir manusia akan kenal Allah. Allah yang penuhkan kehendak manusia.samada beriman atau tidak...bila hujan..ia turun rata, pada orang beriman dan orang kafir. Allah yang sediakan segala kemudahan mahluk. Allah adalah rab bagi semua mahluk..Allah sediakan semuanya untuk manusia adalah kerana sifat Allah yang Rahman. Allah tak perlu apa-apa..Allah tidak berhajat pada benda. Allah beri semua ini tanpa motif..jika semua manusia kufur pun Allah tetap hebat. Manusia yang sentiasa perlu pada Allah..tiada suatu saat pun manusia tidak perlu pada Allah.

Seorang manusia cipta bom atom untuk bunuh manusia..tapi dia tidak ada kuasa atas barang yang diciptaanya. Allah berkuasa atas benda yang diciptaNya..Allah boleh tukar keadaannya,manafaatnya atau mudaratnya

Kisah Abu Muslim Kholani - seorang tabien yang tidak terbakar bila dicampak dalam api dimasa Musailamah al-kazab. Kuasa Allah pada manusia bergantung pada usaha manusia. Allah tukar kerja sesuatu benda untuk tolong manusia atau untuk musnahkan manusia.

Allah tukar kerja racun pada masa Khalid Al-walid daripada membunuh kepada tidak

Allah jadikan semua kemudahan pada mahluk kerana kemurahan Allah. Sesiapa yang bersyukur Allah akan tambah nikmat dan di akhirat Allah tambah lagi dengan pengurniaan surga. Manusia yang bersyukur adalah mereka yang sholat, ta'alim,buat dakwah dan berakhlak dengan akhlak yang baik. Mereka buat dakwah dan buat hubungan dengan manusia.

Mereka yang kufur nikmat, selalunya mereka ini kufur..menganggap kelemahan Allah adalah tanda kufur nikmat. Bila kufur nikmat berterusan boleh membawa kepada syirik

Hari penentuan adalah hari kiamat. Allah beri kemudahan dan peluang untuk kembali syukur pada Allah...Allah hantar ambia a.s dan beri usaha ambia pada umat Muhammad saw. Seluruh Ambia a.s panggil manusia pada kalimah dan sholat. Taat Allah adalah untuk menyukakan Allah...kalimah dan amalan agama adalah perintah Allah untuk di taat.

Kerana doa Nabi s.a.w umat ini tidak akan dimusnahkan sekali gus. Allah turunkan bala sikit-sikit. Tapi bila semua manusia kufur pada Allah ... Allah akan musnahkan dunia. Segala tugas mahluk akan ditukar oleh Allah dari kebiasaan untuk kemusnahan alam. Bintang-bintang akan berjatuhan dan gunung-gunung akan berterbangan. Bumi akan beritahu apa yang berlaku di atasnya. Dia akan jadi saksi atas perbuatan manusia.

Nizam ghaib Allah adalah dalam pengetahuan Allah saja. Allah yang berkuasa atas ini..manusia tiada kuasa atas nizam ghaib ini. Untuk asbab manusia nampak dan tahu kesannya. Ambia a.s hanya beritahu tentang azab untuk beri amaran supaya manusia sedar dan kembali pada Allah. Azab adalah milik Allah..bila azab datang tiada siapa yang dapat tolong walaupun dia anak isteri Ambia a.s.

Nusrah Allah juga bukan dalam kuasa manusia. Allah akan tentukan kadar mujahadah untuk Allah turunkan nusrah. Hatta mukjizat ambia a.s. pun bukan dalam kuasa dan kehendak mereka.

Allah musnahkan suatu kaum supaya kejahilan dan kekufuran mereka tidak mempengaruhi orang beriman. Usaha Ambia adalah untuk sembuhkan penyakit manusia dari kejahilan dan kekufuran..umpama meyembuhkan penyakit dalam manusia :

  • Antibiotik - dakwah ,
  • Cream - akhlak,
  • Operation - azab Allah

Usaha ambia bermula dengan dakwah berserta dengan akhlak yang sempurna...dengan dua perkara ini ambia ajak dan bawa manusia pada Allah...bila manusia sombong dan keras hati,.. baru Allah akan turunkan azab untuk musnahkan manusia agar kejahilan dan kekufuran mereka tidak dapat mempengaruhi orang-orang yang beriman.

Jeneral Rom kata..Nusrah Allah hanya datang bila Nabi saw bersama mereka..tapi Allah telah tetapkan "Jika fikir,risau dan kehidupan Nabi ada dalam manusia,.. nusrah Allah akan tetap bersama" ..perkara ini ada dalam diri shabat-sahabat dan Allah bantu mereka. Jika kita sekarang ini ada fikir, risau dan kehidupan Nabi , Allah juga akan bantu kita. Pertolongan dan azab hanya dalam kuasa Allah. Kita hanya kena ikut jalan Nabi saw.

Jangan Sangka kamu lemah bila buat dakwah kerana Allah sentiasa bersama. Buat kerja dakwah dengan rasa takut, harap, mintak, menangis dan taat. Perang zaman sahabat adalah umpama pembedahan (operation) untuk ubat penyakit

Allah akan bersihkan iman orang yang Allah suka dengan meletakkan mereka dalam mujahadah. Allah mahu hanya iman yang ikhlas dan tulin. Berkat dari mujahadah dan kesusahan...Allah akan hapuskan dosa-dosa dan Allah akan tahan bala yang akan datang. Allah turunkan mujahadah dan kesusahan untuk pisahkan orang beriman yang ikhlas dengan yang tidak ikhlas...orang yang tak ikhlas akan sentiasa membangkang.

Dalam perang Uhud khabar angin telah di sebar yang mengatakan Nabi telah wafat. Dengan khabar angin ini Allah pisahkan orang beriman dengan orang munafik. Bila semua sudah dipisahkan maka Allah turunkan sekali lagi nusrahnya. Untuk dapatkan nusrah ghaib dari Allah...mujahadah kena tinggi...pengorbanan kena tinggi..nusrah Allah akan selalu bersama

More....