Make your own free website on Tripod.com


Enam Sifat-Sifat Sahabat


Sholat

    Sholat adalah perintah Allah yang utama. Allah beri perintah sholat pada Rasulullah s.a.w secara terus tanpa perantaraan Malaikat Jibrail a.s.semasa peristiwa mikraj. Sholatlah amal yang mula-mula disoal pada hari hisab. Sholat yang terbaik adalah sholat Nabi saw. Nabi bersabda "Sholat lah kamu sebagaiamana kamu lihat daku sholat". Sholat ada lah anak kunci Surga. Sholat juga merupakan tiang agama, sesiapa yang mendirikan sholat dia mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan sholat dia telah meruntuhkan agama. Selepas Sholat Nabi, sholat yang terbaik adalah sholat para-para sahabat..dan diantara para sahabat, sholat Abu Bakar lah yang paling baik..kerana imannya yang tinggi. Untuk mendapat sholat yang sempurna kita kena ada perkara berikut:

    · Kita kena ada rasa sedih dan rungsing pada mereka yang tidak sholat dan yang melakukannya dengan tidak sempurna.

    · Dalam mengerjakan sholat kita kena ada 5 perkara berikut:

    • · Iman yang sohih
    • · Tarekat yang sahih..ia itu sholat cara Nabi saw.
    • · Sifat ihsan dalam sholat ia itu…dalam sholat kita kena rasa bahawa Allah ada didepan kita atau paling kurang kita kena yakin yang Allah sedang melihat kita.
    • · Sahih Jasbah - Kita kena yakin dengan janji Allah tentang sholat.Segala ganjaran atas sholat kita kena yakin.
    • · Sahih Niat - Kita kena buat dengan niat yang ikhlas.

    · Selepas selesai sholat kita kena syukur sebab Allah beri kita peluang untuk sholat dan kita juga kena istighfar dan memohon ampun atas kecacatan yang kita buat dalam sholat.

    Sholat yang sempurna akan dapat menarik rahmat Allah serta dapat mencegah fasad dan mungkar. Dengan adanya sholat yang sempurna , maka kehidupan kita di luar sholat akan terkesan dengan sholat kita. Sholat adalah asbab yang paling sempurna untuk menyelesaikan segala masaalah dunia dan akhirat, minta lah bantuan Allah dengan Sabar dan Sholat. BerDoalah pada Allah Supaya Allah memberi kita taufik dan hidayah untuk dapat sholat seperti sholat nya Nabi dan para Sahabah.