Enam Sifat-Sifat Sahabat
Kalimah LAAILAHAILLALAH…MUHAMMADURASULULLAH Kalimah Laailahailallah Muhamadurasulullah adalah kalimah iman.. Iman .., tiada had dan batasnya sebagaimana kebesaran dan kehebatan Allah yang tiada had dan batasnya. Walaupun seorang manusia membelanjakan seluruh harta nya dan kehidupannya untuk belajar mengenai iman..nescaya pembelajaran nya tentang iman tidak akan habis atau selesai.. Dan Iman adalah sesuatu anugerah Allah yang sangat bernilai. Iman yang sempurna dalam diri manusia walaupun sebesar zarrah di akhirat nanti Allah akan balas iman ini dengan pengurniaan surga yang luasnya 10 kali luas nya dunia. Kerana iman adalah hak Allah, maka iman juga Allah boleh tarik balik..sebab itu manusia kena jaga iman dia. Syaitan akan cuba curi dan rosakkan iman manusia. Penentuan tentang iman ialah di saat sakratul maut..sesiapa yang mati dengan iman yang sempurna..maka dialah orang yang berjaya..tapi seseorang yang tinggalkan dunia ini dengan iman yang rosak dan salah...maka bermulalah kehidupan yang penuh dengan kesusahan dan kepayahan bagi dia. Iman adalah untuk yakin pada kekuasaan Allah..bahawa Allah saja lah yang berkuasa,..Allah saja yang mampu untuk memberi menafaat dan mudarat ..Mahluk tiada kuasa sedikit pun untuk buat apa-apa... Allah boleh buat apa saja tanpa pertolongan mahluk..Allah boleh buat sesuatu dengan Asbab..tanpa asbab ataupun berlawanan dengan asbab..tetapi mahluk tak akan mampu buat apa pun tanpa kehendak Allah..walaupun seluruh mahluk berkumpul untuk memuliakan atau memudaratkan sesuatu tanpa izin Allah suatu apa pun tak akan berlaku. Untuk mendapat iman yang sempurna kita kena buat 3 perkara:
Kalimah MUHAMADURASULULLAH - Segala perintah Allah dan keseluruhan agama adalah sunnah Rasulullah saw. Kekurangan kita dalam sunnah menggambarkan kekurangan kita dalam mengamalkan agama yang sempurna dan kekurangan dalam mengamalkan agama yang sempurna menandakan kelemahan iman kita....maksud kalimah ini adalah untuk kita yakin ..bahawa segala cara kehidupan yang selain dari sunnah Nabi s.a.w dengan segala harta pangkat dan kedudukan tidak akan membawa kejayaan dunia dan akhirat..Hanya sunnah Nabi s.a.w Sahaja lah yang boleh membawa kejayaan dunia dan akhirat walaupun hidup kita tanpa harta dan kedudukan sekalipun. |