Make your own free website on Tripod.com

Bayan Fajar (Mualana Umar - 17.8.91)

Dalam kehidupan dunia ini Allah jadikan 2 cara kehidupan:

  • Yang ditunjukkan oleh Allah-ini jalan kejayaan dunia dan akhirat
  • Pilihan manusia- ini jalan kegagalan dunia dan akhirat

Ini adalah kerana Allah tahu segala-galanya sementara manusia adalah lemah dan dhaif. Manusia nampak tapi tak faham semuanya. Untuk membuat apa yang manusia lihat dan tahu adalah terhad..manusia tak dapat buat semua yang dia tahu Manusia dalam kandungan ibu..dia tak dapat lihat ibunya pun..bila lahir ke dunia ..pun dia tak dapat lihat dunia keseluruhannya.

Allah jadikan dunia dalam 6 hari..Allah boleh jadikan nya dalam sekelip mata. Sebenarnya Allah nak ajar kita untuk buat benda dengan perlahan dan berhati-hati dan bukan dengan tergesa-gesa. Tergesa-gesa adalah dari syaitan..perlahan dan berhati-hati adalah dari Allah. Kita kena hidup ikut kehendak Allah..jika Allah mahu kita cepat kita kena cepat. Allah tetapkan waktu untuk tiap-tiap sesuatu, masa telur menetas, masa bayi dalam kandungan, masa buah untuk masak..semuanya adalah ketetapan Allah. Pada hari kiamat semuanya akan jadi cepat.

Kerja agama juga Allah jalankan perlahan-lahan. 13 tahun Nabi saw buat usaha di Mekah kemudian baru ke Madinah. Buat kerja dan doa pada Allah, Allah yang perintahkan kita buat kerja ini. Allah yang akan beri keputusan dari usaha kita.

Takutlah bila harta datang pada kita. Bila harta datang lihat lah Umar r.a..buat lah 2 perkara:

  • Bila dunia jatuh pada bawah kaki kamu, ingat ketika kamu susah,kehidupan sederhana kamu, jangan ubah kehidupan kita. Jadi kemana nak belanjakan harta?
  • Belanjakan harta di jalan Allah.

Bila kita belanja harta di jalan Allah dan kita usaha, agama akan hidup dalam diri manusia, maka zakat akan dikeluarkan, orang miskin akan dapat menafaat. Harta datang pada sahabat pada masa perang Badar dan sahabat telah bertelagah:

  • Orang muda kata "kemenangan ini kerana kekuatan muda kami"
  • Orang tua kata" kemenangan ini kerana pengalaman kami"

Rasulullah datang dan Allah turunkan wahyu : "kamu menang di Badar bukan kerana orang muda atau orang tua tapi kerana Allah. Jadi harta ini adalah harta Allah dan Rasul"

Kemudian sahabat kata : "kami tak mahu harta ini kerana ia milik mu..tunjukkanlah apa yang Allah mahu kami buat dengan harta ini"

Sesiapa yang hidup seperti kehendak Quran..kesusahan dan mujahadah akan datang.Wahyu yang Nabi terima amat berat bagi Nabi..tapi janji Allah, bantuanNya ada bersama mujahadah. (Pembedahan)Ada orang tak ikut Quran, mereka juga susah, tapi ini bukan mujahadah, ini azab /punishment (stabbing)

Orang keluar jalan Allah akan datang padanya mujahadah..dan nusrah Allah ada dalam mujahadah ini.

Dalam apa keadaan kamu, perhatikan adakah kamu dalam keadaan yang menyukakan Allah dan rasulNya atau tidak, selalulah perhatikan ini!! Bila pecah hati, berkat tidak akan datang, selalulah berkerja sama. Orang buat kerja agama berbagai-bagai..bertolak ansurlah. Gigi keras tapi lidah lembut..keduanya perlu pada keadaan dan sifatnya untuk kesempunaan.

Umar dan Abu Bakar adalah contoh yang terbaik untuk ini. Masa Nabi saw wafat, kaisar dan kisra bersatu untuk serang Madinah (100,000 tentera). Orang arab yang masuk islam tanpa mujahadah, orang islam yang masuk islam kerana takut..bila dengar orang kufur nak serang madinah, mereka nampak keselamatan pada orang kafir. Semua orang kafir,munafik dan yahudi bersatu untuk musnahkan islam.

Sebelum Nabi wafat Nabi telah bentuk dan hantar jamaah Usamah ke Syria. Dia bersabda "Hantarkan jamaah Usamah". Selepas beberapa hari beliau pun wafat.

Musailamah Kazab juga bangkit di pihak lagi satu..dan satu kaum arab yang lemah iman telah murtad..semua fitnah telah berlaku disegenap tempat. Abu Bakar telah bangun dan beri zihin

"Kekuatan agama Allah akan tetap bersama kita hingga hari kiamat"

Mesyuarat dibuat samada jamaah Usamah kena pergi atau tidak ke Syria. Kata Abu Bakar :

" Semua berlaku atas kehendak Allah, Allah akan bantu jika kita taat Allah dan ikut cara Rasulullah saw... Hantar Jamaah Usamah keluar..dan Allah akan hapuskan segala fitnah"

Sahabat tak ada perbelanjaan untuk pertahanan. Dunia sekarang banyak perbelanjaan untuk pertahanan sesebuah negara. Sahabat tak ada niat nak berperang pada awalnya. Mereka tak mahu bunuh manusia. Mereka mahu manusia taat pada Allah. Sahabat umpama bomba, tujuan mereka adalah untuk padamkan api yang akan membakar penduduk-penduduk. Jika ada yang menghalang perjalanan mereka, mereka akan ketepikan mereka. Peperangan di zaman sahabat adalah seumpama ini.

Sahabat beri dakwah dan kata "Jadilah seperti kami" tapi kita sekarang macamana? Oleh itulah 5 perkara perlu diusahakan kesempurnaan dalam diri orang islam sekarang :

Iman, Ibadat, Akhlak, Muamalat dan Muasyarah.

Jadikan setiap ahli keluarga kita Daie Allah.... Buat Taubat kerana kelalaian kita dalam dakwah di masa lalu Untuk masa akan datang, buat keputusan sekarang dengan sungguh-sungguh untuk jadikan usaha ini maksud hidup.

Jangan jadi terlalu Manis hingga orang telan kita, dan jangan pula terlalu pahit sehingga orang ludah kita keluar.

Bayan Subuh (Mualana Umar - 18.8.91)

Allah jadikan sistem dalam dunia ini yang membolehkan manusia lihat dan faham Satu lagi sistem yang Allah buat yang manusia lihat dan dengar tapi mereka tak faham Yang manusia nampak dan faham : ubat menyembuhkan, pokok ditanan akan tumbuh dan sebagainya

Berita dari Rasulullah..manusia juga dapat lihat kejadian Allah, mereka lihat kematian dan kehidupan dan percaya bahawa semua manusia akan mati. Semua manusia percaya yang harta tak akan di bawa mati.

Allah khabarkan kekuasaan Allah melalui Nabi, tapi manusia tak nampak Allah. Allah khabarkan tentang malaikat, orang taat pada Allah akan diberi surga sebaliknya Allah akan campakkan orang yang engkar kedalam neraka....ini kita tak nampak

Al Quran - siapa ikut akan berjaya walaupun serba kekurangan di dalam dunia ini Kita tak nampak kekuatan Allah. Ganjaran untuk sholat pun tak nampak. Allah Maha pengasih, walaupun manusia engkar pada Allah, Allah tak azab terus ..Allah beri peluang Semua orang kufur akan jadi beriman bila lihat kekuasaan Allah ..bila maut datang.

Azab Allah meningkat dari hari ke hari dari hari kematian... Allah sentiasa beri peluang pada orang kufur, Allah perlihatkan kekuatannya agar mereka sedar. Untuk ini kita kena doa "Ya Allah..seluruh dunia manusia engkar pada Engkau..dan Engkau pasti akan mengazab mereka dalam keadaan ini..Ya Allah berilah hidayat pada mereka"

Hari kiamat adalah pasti..semua manusia akan berdiri didepan Allah. Segala sesuatu datang dari Allah dan Allah tahu apa yang akan terjadi. Segala ehwal dan keadaan adalah ketentuan dari Allah. Allah tahu siapa yang taat dan siapa yang tidak. Yang berjaya adalah yang taat pada Allah.

Suasana dan keadaan mempengaruhi ketaatan manusia pada Allah. Dakwah adalah untuk lahirkan dan ujudkan keadaan dan suasana yang baik dan disukai Allah. Jika kita lihat hanya pada dunia, keadaan akan jadi teruk...manusia akan berebut pada dunia. Manusia akan letakkan cita-cita masing-masing untuk dunia. Setengah mereka akan mencapai cita-citanya tapi tak akan puas..setengahnya pula tak akan mencapainya dan maut datang pada mereka.

Kejayaan hanya milik Allah dan datang dari Allah. Kejayaan tidak bergantung samada tinggi atau rendah kedudukan kita dalam dunia. Untuk beri dakwah pada orang khawas kita kena ujudkan suasana agama. Ketua akan senang untuk faham kebesaran dan kehendak Allah bila orang-orang bawahannya taat pada Allah.

Usaha sholat dalam diri manusia, ia akan melahirkan suasana di luar sholat. Sholat akan mencegah kemungkaran dan segala maksiat. Maksud sebenarnya adalah untuk melahirkan suasana ketaatan pada Allah. Bila orang awam berubah, ia akan sampai kepada ketua mereka, dan mereka akan tertanya-tanya bagaimana ini berlaku. Dengan ini Jamat akan terangkan dengan senang dan mudah.

Seperti kerusi, kaki kerusi adalah orang awam. Jika orang awam ingin islam, ketua yang duduk atas kerusi juga akan terikut sama. Usaha sekarang adalah untuk ujudkan suasana agama.

Allah punya kudrat untuk sampaikan suara semut pada Nabi Sulaiman as..bukan itu saja, sampai hari kiamat perkataan semut ini akan di dengar. Kita kena guna setiap kesempatan untuk dakwah, samada dalam majmah atau berseorangan.

Penting ujudkan fikir agama pada anak-anak dan dirumah-rumah. Kita gunakan kedudukan kita untuk tarik dan bawak manusia pada Agama. Jangan beri dakwah hingga orang ketawakan Allah dan agama. Doa pada Allah bila nak buat dakwah, semuga Allah beri ilham dan hikmah..kita akan terpegun dengan kudrat Allah nanti.

Orang yang buat dakwah dengan sebenarnya adalah orang yang ada fikir umat dan fikir atas dirinya juga. Hikmah kena ada dalam dakwah..Jangan sangka keadaan boleh ditukar sekelip mata.

Kalimah dan sholat - dakwah manusia ke arah ini. Untuk dapat yakin dan taat pada perintah Allah dalam kerja (asbab) kamu, lihat apa perintah dan larangan Allah dalam asbab.


Dengan kejadian Allah, manusia dapat capai Allah....jika ia berfikir atas kejadian Allah.

Dengan taat Allah, kadang-kadang kita akan menghadapi kesusahan, tapi inilah kejayaan yang hakikat. Kadang kadang hidup kita akan jatuh dari kaya dan senang pada kemiskinan dan kemusnahan tapi inilah kejayaan. Allah tahu bila nak turunkan azab pada mereka yang engkar dan bila nak turunkan nusrah pada mereka yang taat..Allah yang putuskan sesuatu keputusan

Makanan turun dari langit pada masa Nabi Isa as. Ada orang kufur dan tidak berterima kasih. Allah perintah supaya jangan simpan untuk esok..tapi mereka engkar, maka Allah berhentikan nusrahnya dan azab turun.

Kerja kita adalah, samada dalam senang atau susah kita kena perhatikan... mana satu yang menyukakan Allah..itulah yang kita kena buat.

Masa haji wida..Rasulullah banyak pesan pada sahabat. Bagaimana nak selesaikan masaalh kehidupan sekarang ? Jawapannya ada dalam amal, perkataan Nabi saw dan kehidupan sahabat. 73 golongan umat ini akan bepecah, hanya 1 golongan masuk surga, golongan yang masuk surga adalah yang ikut sahabat.

13 tahun buat dakwah iman di Mekah. Zihin agama dan kekuasaan Allah perlu diujudkan di rumah. Ta'alim zaman sahabat bila wahyu diturunkan. Dakwah dan ta'alim hidup pada permulaan islam di Mekah. Jangan terkesan dengan kesusahan atau kesenangan, tapi terus taat Allah dalam apa keadaan. Dengan ini Allah akan tetap beri kejayaan. Jika Allah beri nikmat kita syukur, jika susah kita sabar.Pada zaman sahabat, siapa terima kalimah mereka akan terasing dari keluarga.

Tabligh - mahu cakap tentang kehebatan Allah lagi dan lagi..dengan ini hubungan dengan Allah akan tercapai. Orang kufur mencanangkan yang islam tersebar dengan mata pedang. Sahabat perang kerana nak "operate" (bedah) sebab antibiotik (dakwah) dan cream (akhlak) tak beri kesan pada orang kafir. Sahabat perang adalah keputusan terakhir demi menyelamatkan ribuan umat yang inginkan islam.

Semua kedudukan dalam dunia adalah sama saja. Yang penting adalah hubungan dengan Allah. Orang hari ini berebut rebut untuk cari pangkat dan kedudukan. Misalnya macam burung merpati, samaada bahagian bawah atau atas itu tak penting, yang penting adalah dimana tuan punya merpati akan menabur makanan.

Tujuan utama dakwah adalah untuk satukan seluruh manusia. Amal manusia adalah Hakim. Jika amal baik Allah akan turukan kebaikan, jangan salahkan kerajaan. Kita kena perhatikan dimana tempat dan keadaan kita dapat menyukakan Allah dengan banyak sekali. Ambil peluang yang Allah beri untuk dakwah walaupun satu orang. Nak naik bukit susah tapi nak turun mudah..begitulah dengan mujahadah. di jalan Allah 4 bulan, 40 hari , 1 tahun dan sebagainya susah..tapi untuk turunkan nilai iman dan amal mudah.

Sebab itu kita kena jaga kerja makami, kalau tidak iman, fikir, risau, amal akan turun.

Nikmat yang paling tinggi dalam surga adalah bila Allah firman " Aku redha pada kamu dan tak akan marah lagi pada kamu" Ini lah kesukaan dan kegembiraan yang paling besar ..sehingga jika ada mati dalam surga nescaya mereka akan mati kegembiraan. Para Syuhada juga mohon untuk mati lagi, tapi Allah firman, kamu hanya syahid di dunia saja, disini adalah tempat pembalasan nikmat.

Jauhkan diri dari neraka, diri ,keluarga, orang tempatan, dan umat seluruh alam.

Usul dakwah sekarang datang dari Quran dan Hadis Dengan akhlak orang akan tertarik pada agama Sehingga suatu ketika kita akan terlalu rapat dengan Allah sehingga hanya sebut "Ya Allah" , Allah akan bersama kita.