Make your own free website on Tripod.com


Ikram Muslimin

    Maksud Ikram muslimin ialah kita mahu memuliakan semua orang beriman kerana iman nya. Allah sendiri telah memuliakan orang beriman dengan janjinya akan memberi surga sebesar 10 kali dunia ini kepada orang yang ada iman sebesar zarah. Oleh itu adalah wajar bagi kita untuk memuliakan orang-orang beriman. Dengan memuliakan orang-orang beriman , sifat tawadhu akan lahir.. dengan sifat tawadhu ini akhlak akan dapat dan dengan akhlak yang sempurna barulah kita dapat menunaikan hak-hak orang-orang beriman. Barangsiapa yang membantu seseorang yang beriman untuk sesuatu hajat, Allah akan memberi padanya 73 hasanah atau rahmat satu rahmat sudah memadai untuk kehidupannya di Dunia ini,.. Yang selebih nya Allah akan berikan di akhirat. Barangsiapa yang membantu seorang saudaranya yang islam..Allah akan membantunya dalam kehidupan akhirat kelak. Barangsiapa yang menyembunyikan atau menutup keaiban seorang saudara nya yang islam , Allah juga akan menutup dan menyembunyikan keaiban nya di akhirat kelak Tidak sempurna Iman seseorang kamu selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia kasihkan dirinya sendiri.

Ikhlas Niat

    Maksud Ikhlas adalah kita kena amal segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah semata-mata kerana mencari keredhaan Allah. Hanya amal yang ikhlas sahaja yang akan di terima Oleh Allah. Amal yang di kerjakan tanpa keikhlasan akan mendatangkan keburukan dan azab dari Allah. Dalam hadis Nabi ada mengatakan (lebih kurang maksudnya). Barangsiapa sholat kerana hendak dilihat orang,..maka dia telah melakukan suatu amalan kufur dasn syirik Barangsiapa puasa kerana hendak menunjuk pada manusia...dia juga melakukan amalam kufur dan syirik..dan Barangsiapa yang bersedekah kerana hendak mendapat pujian orang...dia juga melakukan amalan kufur dan syirik Untuk mendapat sifat ikhlas ini...hendaklah kita sentiasa Istiqomah (berterusan) dalam setiap amal kita. Sentiasa lah memperhatikan dan membaiki niat kita bila kita melakukan amal pada Allah. Sentiasa lah menambahkan pengorbanan untuk agama. Mohon lah pada Allah dengan sungguh-sungguh..agar Allah kurniakan kita sifat Ikhlas